//Forever Imperfect
Cinta dan sebaliknya ?

Tuesday 2 April 2013 @ 02:26 | 0 Comment [s]


Cinta adalah sesuatu perasaan yang sungguh indah. Percintaan sepatutnya membawa kebahagiaan. Tapi kenapa sejak kebelakangan ini wujud pelbagai kekejaman di sebalik percintaan?
Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita kekasaran, penderaan dan pembunuhan. Peratus kekejaman ini dilakukan oleh pasangan mangsa yang terlibat, suami, tunang dan juga kekasih. Apakah yang menyebabkan seseorang itu bertindak kejam? Adakah kerana kepudaran cinta atau kerana terover rasa cinta?
Setiapkali aku baca berita-berita kekejaman sebegini, aku jadi teramat keliru. Jadi untuk menyelesaikan masalah kekeliruan aku tu, aku pun buatlah research sikit. Dan berikut adalah kesimpulan yang telah aku perolehi
Faktor-faktor yang menyebabkan sesorang itu bertindak kejam:-
Over Possessive - menganggap pasangan sebagai hak milik kekal. Terlalu mengawal pergerakan pasangan kerana takut kehilangan pasangannya.
Orang Ketiga - bukan hanya kecurangan namun turut melibatkan campur tangan orang lain seperti ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Kerana terlalu mendengar gosip-gosip orang sekeliling mengakibatkan individu tersebut tidak dapat membuat keputusan sendiri dan juga hilang kepercayaan terhadap pasangannya.
Stress – masalah ditempat kerja atau masalah peribadi, keletihan dan sebagainya menyebabkan seseorang itu cepat hilang sabar, mudah baran dan bertindak di luar kewarasan.
Secara keseluruhannya, semua kekejaman dapat dielakkan sekiranya sesorang individu mampu mengawal perasaannya dan berfikir secara rasional. Apa pendapat you all?




Older Post
The Disclaimer

Hello earthings , I'm Yasmin Hanani Bt Ramli .
Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Enjoy!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Qiela Zamzam

Best View at GOOGLE CHROME!